Sabtu, 8 Oktober 2011

INTERAKSI 13 - PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
Rasional

- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
4. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
5. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Ciri – Ciri

• Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
- Kerja kursus / PEKA
- Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA

• Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
• LPM membekalkan dokumen pentaksiran
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil

2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.

Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagimatapelajaran berkenaan.

Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.




Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah

• Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
- Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
- Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
- Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
- Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
- Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
- Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
- Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

INTERAKSI 12 - PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

Definisi Brosur:
- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Rubrik Penilaian Brosur:
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi :
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi :
1.Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

Definisi Power Point
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat:
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

Objektif:
• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

Ciri-Ciri:
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

Aspek Penilaian Adalah Seperti Berikut:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.

Halaman sesawang : web
• Persembahan rekaan
• Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
• Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
• Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
• Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
• Penggunaan laras bahasa yang sesuai
• Mempunyai maklumat tambahan
• Mempunyai jaringan yang luas

INTERAKSI 11 - PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran:
Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran:

TEMA : PENGALAMAN

i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
1. PKN
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN

A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”

B. KEGIATAN INTI
• Menceritaan hidup rukun di rumah
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Memberi contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup rukun
• Menyapa teman sebaya dengan benar
• Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
• Membuat kalimat sapaan secara lisan
• Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
• Membuat kalimat Tanya dengan benar
• Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 150
• Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
• Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
• Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
• Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
• Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
• Membedakan, waktu lama atau sebentar
• Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
• Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
• Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
• Membedakan bentuk suatu benda
• Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
• Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
• Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
• Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
• Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
• Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain

(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadual pelajaran masing - masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR

1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE


• Ceramah
• Tanya Jawab
• Demonstrasi
• Tugas
• Game

b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I
(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru

c. MEDIA
1. Kartu bilangan
2. Kartu huruf
3. Kantu kata
4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN

1. Lisan
2. Tertulis
3. Perbuatan
4. Portofolio

Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

a. KAEDAH JIGSAW
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui erbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA
- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
- Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

INTERAKSI 10 - PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Penilaian Aktiviti Bahasa
• Forum
• Debat
• Pidato
• Pantun
• Sajak
• Ceramah
• Syarahan

Forum

• sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
• dijalankan secara formal.
• teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
• tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
• soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

Debat

• pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
• terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
• huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
• setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
• pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
• sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Pidato

• huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
• pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
• hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

Pantun

• Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
• Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
• Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
• Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
• Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
• Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
• Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Sajak

• Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
• Rangap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
• Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
• Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan
irama.

Ceramah

• Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
• Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
• Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

Syarahan

• Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
• Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
• Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
• Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
• Peringkat / Langkah Kemahiran :
1)Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan

INTERAKSI 9 - PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA
(KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS)
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

A) Penilaian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
1. Kemahiran mendengar
- Kemahiran paling asas
- Berlaku pada peringkat penerimaan
- Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar.
2. Kemahiran bertutur
- Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi
- Peringkat penglahiran
- Perlu ditiru & diajuk
- Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah, tapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yang baik.

Tujuan kemahiran lisan :
1. Menyebut perkataan / ayat dengan betul
2. Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain.
3. Untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dan lain-lain).
4. Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas.

Kemahiran-kemahiran yang boleh

1. Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul
2. Bertutur dengan nada, intonasi, dan sebutan yang betul.
3. Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, dan menghormati pertuturan orang lain.
4. Bercerita dan membuat laporan menggunakan bahasa yang menarik dan betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
6. Menggunakan bahasa yang baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

1. bacaan kuat
2. syarahan
3. perbahasan
4. bercerita
5. perbincangan
6. hafazan
7. temu bual
8. soal jawab
9. nyanyian
10.deklamasi sajak
11.mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
2. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
3. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
5. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.

Contoh : Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

. menyediakan instrumen
1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

B ) Penilaian kemahiran membaca
. penggunaan bahasa yang tepat.
. kelancaran berbahasa yang baik.
. penggunaan intonasi yang betul.
. sebutan dan jeda yang tepat.

C) Penilaian Kemahiran Menulis
. Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti
- Karangan
- Laporan projek/kerja kursus/folio
- Latihan dan ujian bertulis
- Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

. Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
- Kemahiran menulis
- Menyusun idea
- Penggunaan tanda baca
- Perbendaharaan kata
- Mengaplikasi
- Mentafsir Menilai

. Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
- Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
- Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
- Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- Skema pemarkahan disediakan

. Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif

. Mengesan serta merta

Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)

.mengesan kemajuan

Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
Bagaimana?(Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu)
-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif

.mengesan pencapaian

Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )

.Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

.Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

INTERAKSI 8 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA
. Penilaian Melalui Projek
. Penilaian Melalui Kertas Kerja


Penilaian Melalui Projek

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).

Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek

. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
. Jangka masa yang panjang
. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Jenis-jenis penilaian Projek

1. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

INTERAKSI 7 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA
. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
. Penilaian Melalui Soal Jawab

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.


Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan
. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.
. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.


Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
. Penilaian objektif tugasan
. Hasil Pembelajaran
. Penilaian
. Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu


Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

INTERAKSI 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.

Apakah portfolio?

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

.Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
.Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
.Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio

.Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
.Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
.Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
Berbentuk sumatif
Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada beberapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
.Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
.Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
.Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
.Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?

.Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
.Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
.Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

.Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
.Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian
1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui Pemerhatian

. Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
. Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
. Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
. Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian

.Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
.Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
.Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
.Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
.Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan

. Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
. Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
. Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau
pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh
dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang
akan dicapai.

Rekod anekdot
Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

.Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
.Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

.Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

.Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

.Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
1) Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). 2) Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
3) Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
4) Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

1. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
2. Menggunakan senarai semak.
3. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
4. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
5. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
6. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

1. Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
2. Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

INTERAKSI 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA

JENIS PENILAIAN BAHASA

1) Ujian Formatif
2) Sumatif
3) Ujian Kefasihan
4) Kemajuan
5) Ujian Bakat
6) Pencapaian

Ujian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

Ujian Sumatif

Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.


Jadual banding beza antara ujian formatif dengan ujian sumatif

Ujian Bakat

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian Kefasihan

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan :

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

Rabu, 5 Oktober 2011

INTERAKSI 4 : PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN UJIAN

SOALAN OBJEKTIF

DEFINISI

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”

(Gronland,1977).

Antara contoh soalan berbentuk objektif:

Item jenis pendek
Item jenis padanan
Item jenis anekapilihan
Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:

Item respon bebas
Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.


Contoh;

1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________

2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.


Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Jenis soalan respon tetap;

1. Format salah betul

2. Padanan

3. Aneka pilihan


Format salah betul

Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).


Contoh;

Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:

1. Hitam – Putih ( )


Padanan

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.


Aneka Pilihan

Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.

Jenis item aneka pilihan;

1. Berbentuk soalan

2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

3. Jenis jawapan terbaik

4. Analogi

5. Antonim

6. Jenis negatif

7. Mengisi tempat kosong

8. Item jenis campuran

9. Teknik kloz


Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:

1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.

2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.

3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.


Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:

1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.

2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.

3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.

4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.

5. Aras kesukaran haruslah setara.

6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.

7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif

Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:

a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.

b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.

c) Tidak menggalakkan penipuan.

d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.

e) Ia boleh diskor dengan tepat.

f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.

g) Pemeriksaan boleh dipercayai.

h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.

i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.

j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.

k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.

Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:

a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.

b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.

c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.

d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.

e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.







SOALAN SUBJEKTIF

DEFINISI

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif:

1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur

Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei

Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei

Item tindak balas terhad
Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad

Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan

Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.





Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif

Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.

b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.

c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.

e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.

f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.

g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian

h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.

Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:

a) Nilai potensi diagnostik yang rendah

b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.

c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.

d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.

e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.

f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.

g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

INTERAKSI 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU

· Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
· Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
· Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
· Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
· Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
· Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain


Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

· Bentuk dan panjangnya ujian
· Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
· JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
· Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
· Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
· Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
· Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
· Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.


Jumlah Soalan





Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

INTERAKSI 2 : TAKSONOMI DAN DOMAIN TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.



Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.


Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.


Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.


Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.




DOMAIN KRATHWOHL







Jadual Domain Krathwohl

Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.




Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian
1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.


Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Isnin, 3 Oktober 2011

INTERAKSI 1 : PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

· Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran


PENGUJIAN

Definisi

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


PENILAIAN

Definisi

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.





Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian






DIAGNOSIS

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.
Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Bimbingan dan kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya
5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.




Seuntai Kata Untuk Dirasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat Datang ke blog yang diberi nama YANG MERAH ITU SAGA. Blog ini diwujudkan bertujuan memenuhi keperluan matapelajaran BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang merupakan sukatan di dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru.













Semoga segala maklumat yang dimuatkan di dalam blog ini dapat memberi panduan kepada bakal-bakal pendidik dan dapat dikongsi sebagai sebuah ilmu pengetahuan