Sabtu, 8 Oktober 2011

INTERAKSI 10 - PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Penilaian Aktiviti Bahasa
• Forum
• Debat
• Pidato
• Pantun
• Sajak
• Ceramah
• Syarahan

Forum

• sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
• dijalankan secara formal.
• teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
• tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
• soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

Debat

• pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
• terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
• huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
• setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
• pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
• sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Pidato

• huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
• pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
• hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

Pantun

• Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
• Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
• Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
• Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
• Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
• Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
• Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Sajak

• Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
• Rangap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
• Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
• Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan
irama.

Ceramah

• Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
• Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
• Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

Syarahan

• Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
• Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
• Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
• Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
• Peringkat / Langkah Kemahiran :
1)Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan