Sabtu, 8 Oktober 2011

INTERAKSI 7 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA
. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
. Penilaian Melalui Soal Jawab

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.


Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan
. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.
. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.


Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
. Penilaian objektif tugasan
. Hasil Pembelajaran
. Penilaian
. Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu


Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan